Thursday, 31 May 2012

Merokok Membahayakan Kesihatan


     Kapal belayar menuju ke Jeddah,
     Berhenti pula di tepi kuala;
     Saya disini bersedia sudah,
     Izinkan saya memulakannya.

     Bergayut-gayut si anak kera,
     Singgah pula diatas dahan;
     Assalammualaikum pembuka bicara,
     Salam ukuwah saya hamparkan.

saya ucapkan kepada yang berbahagia puan pengerusi majlis iaitu Pn.Fatimah Bt. Muhammad, panal hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya para hadirin dan hadiran yang saya hormati sekalian.Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah pidato saya iaitu:

Pergi ke pasar membeli kuini,
Membeli pula si bunga kantan;
Pidato saya pada hari ini,
“Merokok Membahayakan Kesihatan”.





Para hadirin dan hadiran yang saya hormati,
          Rokok merupakan bahan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh merosakkan paru-paru manusia.Individu yang bergantung sepenuhnya terhadap rokok akan menghadapi penyakit barah yang serius serta sukar diubati.Hakikatnya,masih ramai di kalangan ahli masyarakat kita pada hari ini,tidak mahu megambil berat akan kesannya dalam diri mereka.Bagi individu ini,rasa ketagihan yang dihadapi lebih penting daripada nilai harga sebatang rokok dan setiap saat denyutan nadi mereka.Sebenarnya, tanpa kita sedari,kita telah menghabiskan tenaga dan wang hanya untuk menempah kematian.Rokok yang dihisap akan megundang penyakit yang kita sedari masih belum menjumpai penawarnya.Inilah hakikat yang harus kita sedari kerana jahil akan kesihatan diri kita sindiri.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
          Terdapat pelbagai kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang merokok.Bagi para pelajar,hal ini akan  membawa kesan terhadap pemikiran mereka.Sistem ingatan akan menjadi lemah lantas melambatkan proses penerimaaan ilmu.Akhirnya mereka sukar untuk menghafal dan memahami sesuatu topik yang mereka pelajari di sekolah. Tidak cukup dengan itu,para pelajar lazimnya akan belajar separuh jalan dan megakibatkan pembaziran terhadap terhadap pembayaran yuran.Sehubungan dengan ini,saya tidak menolak bahawa, dengan mudahnya negara kita telah kehilangan generasi masa depan yang berkualiti untuk dibagunkan.

          Selain itu,merokok hanya akan membazirkan wang dan tenaga.Hal ini berikut kita memperuntukkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk merokok.Ada kalanya kita sanggup berlapar dan dahaga agar perbelanjaan untuk merokok mencukupi.Begitulah penangan terhadap rokok terhadap individu ini.Peruntukan kewangan mereka yang khusus untuk rokok membuktikan bahawa segala usaha yang dilakukan hanya untuk menyediakan rokok di samping melayan hawa nafsu sendiri.Ada kalanya inilah yang menjadi punca berlakunya pecah-belah dalam struktur kekeluargaan.

Hadirin dan hadirat sekalian,
          Tiada gunanya segala ilmu pengetahuan yang kita ada seandainya kita sendiri tidak berusaha untuk megatasinya.Kita sewajarnya menilai diri kita terlebih dahulu sebelum bertindak.Begitulah halnya dengan merokok.Kita memilih untuk megabaikan diri kita dengan penyakitnya atau hudup sihat sepanjang masa.Kita sendirilah perlu menentukan hala tuju hidup kita.Sebelum berakhirnya tajuk pidato saya ini,saya akan menyampaikan beberapa buah pantun iaitu:

Mari kita menanam halia,                                     
Ambil sedikit buat juadah;                                    
Usia muda jangan disia,                                       
Nanti tua sesal tak sudah.                                    

Ambil batu di tepi perigi,                                    
Ikan di sungai jangan dituba;                               
Rokok itu meracun diri,                                     
Jangan disentuh, jangan dicuba.                       

Parut kelapa parutlah santan,                          
Ikan kembung dibuat laksa;                               
Rokok itu mainan syaitan,                               
Kalau dicuba akan binasa.                               

Dian tiga,lilin pun tiga,
 tanglung tergantung dirumah laksamana;
Diam jiga sabar pun juga,
 Ada umur tidak kemana.

Dengan berakhirnya pantun saya ini maka berakhirlah tajuk pidato saya ini.
Assalammualaikom warah matullah hirobarokatum.
    

No comments:

Post a Comment