Berhenti pula di tepi kuala;
Saya disini bersedia sudah,
Izinkan saya memulakannya.
Bergayut-gayut si anak kera,
Singgah pula diatas dahan;
Assalammualaikum pembuka bicara,
Salam ukuwah saya hamparkan.
saya ucapkan
kepada yang berbahagia puan pengerusi majlis iaitu Pn.Fatimah Bt. Muhammad,
panal hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya para hadirin dan hadiran yang
saya hormati sekalian.Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah
pidato saya iaitu:
Pergi ke pasar
membeli kuini,
Membeli pula si
bunga kantan;
Pidato saya pada
hari ini,
“Merokok
Membahayakan Kesihatan”.
Para hadirin dan
hadiran yang saya hormati,
Rokok merupakan bahan yang diperbuat
daripada bahan-bahan yang boleh merosakkan paru-paru manusia.Individu yang
bergantung sepenuhnya terhadap rokok akan menghadapi penyakit barah yang serius
serta sukar diubati.Hakikatnya,masih ramai di kalangan ahli masyarakat kita
pada hari ini,tidak mahu megambil berat akan kesannya dalam diri mereka.Bagi
individu ini,rasa ketagihan yang dihadapi lebih penting daripada nilai harga
sebatang rokok dan setiap saat denyutan nadi mereka.Sebenarnya, tanpa kita
sedari,kita telah menghabiskan tenaga dan wang hanya untuk menempah
kematian.Rokok yang dihisap akan megundang penyakit yang kita sedari masih
belum menjumpai penawarnya.Inilah hakikat yang harus kita sedari kerana jahil
akan kesihatan diri kita sindiri.
Hadirin yang saya
kasihi sekalian,
Terdapat pelbagai kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang merokok.Bagi para pelajar,hal ini akan membawa kesan terhadap pemikiran mereka.Sistem ingatan akan menjadi lemah lantas melambatkan proses penerimaaan ilmu.Akhirnya mereka sukar untuk menghafal dan memahami sesuatu topik yang mereka pelajari di sekolah. Tidak cukup dengan itu,para pelajar lazimnya akan belajar separuh jalan dan megakibatkan pembaziran terhadap terhadap pembayaran yuran.Sehubungan dengan ini,saya tidak menolak bahawa, dengan mudahnya negara kita telah kehilangan generasi masa depan yang berkualiti untuk dibagunkan.
Terdapat pelbagai kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang merokok.Bagi para pelajar,hal ini akan membawa kesan terhadap pemikiran mereka.Sistem ingatan akan menjadi lemah lantas melambatkan proses penerimaaan ilmu.Akhirnya mereka sukar untuk menghafal dan memahami sesuatu topik yang mereka pelajari di sekolah. Tidak cukup dengan itu,para pelajar lazimnya akan belajar separuh jalan dan megakibatkan pembaziran terhadap terhadap pembayaran yuran.Sehubungan dengan ini,saya tidak menolak bahawa, dengan mudahnya negara kita telah kehilangan generasi masa depan yang berkualiti untuk dibagunkan.
Selain itu,merokok hanya akan
membazirkan wang dan tenaga.Hal ini berikut kita memperuntukkan sejumlah wang
yang besar semata-mata untuk merokok.Ada kalanya kita sanggup berlapar dan
dahaga agar perbelanjaan untuk merokok mencukupi.Begitulah penangan terhadap
rokok terhadap individu ini.Peruntukan kewangan mereka yang khusus untuk rokok
membuktikan bahawa segala usaha yang dilakukan hanya untuk menyediakan rokok di
samping melayan hawa nafsu sendiri.Ada kalanya inilah yang menjadi punca
berlakunya pecah-belah dalam struktur kekeluargaan.
Hadirin dan
hadirat sekalian,
Tiada gunanya segala ilmu pengetahuan
yang kita ada seandainya kita sendiri tidak berusaha untuk megatasinya.Kita
sewajarnya menilai diri kita terlebih dahulu sebelum bertindak.Begitulah halnya
dengan merokok.Kita memilih untuk megabaikan diri kita dengan penyakitnya atau
hudup sihat sepanjang masa.Kita sendirilah perlu menentukan hala tuju hidup
kita.Sebelum berakhirnya tajuk pidato saya ini,saya akan menyampaikan beberapa
buah pantun iaitu:
Mari kita menanam
halia,
Ambil sedikit buat
juadah;
Usia muda jangan
disia,
Nanti tua sesal
tak sudah.
Ambil batu di tepi
perigi,
Ikan di sungai
jangan dituba;
Rokok itu meracun
diri,
Jangan disentuh,
jangan dicuba.
Parut kelapa
parutlah santan,
Ikan kembung
dibuat laksa;
Rokok itu mainan
syaitan,
Kalau dicuba akan
binasa.
Dian tiga,lilin
pun tiga,
tanglung tergantung dirumah laksamana;
Diam jiga sabar
pun juga,
Ada umur tidak kemana.
Dengan berakhirnya
pantun saya ini maka berakhirlah tajuk pidato saya ini.
Assalammualaikom
warah matullah hirobarokatum.